Selasa, 17 Ogos 2010

Bunuh hukumnya bunuh.....

Bunuh hukumnya bunuh....Memang patut..Kadang2 sampai dah tak sampai hati nak tengok kat newspaper sebab hari2 ader ajer kes orang yang buang bayi...Yang lebih sedih tuh dicampakkan merata-rata macam sampah...Kalau tengok baby tuh semuanya munggil2 n gebu2 sangat...Tapi macam mana lah sampai hati n tergamak nak bunuh anak sendiri bila dah tengok keadaan fizikal yang sempurna dan cukup gebu macam tu....Ntah lah...Tapi yang paling memalukan majoriti persalahnyer ORANG MELAYU yang dikad pengenalannya tertera BERAGAMA ISLAM....

Kadang2 terfikir jugak...kita nih yang dah beranak pinak nih setiap kali nak bersalin punyalah takut dan rasa teramat sakit..Kena ader epidural lah n sebagainya...Tapi diorang nih senang jer kan...Dalam toilet pun bleh...n yang lebih seram tuh bersalin sorang2...Tulah kan kuasa Allah....

Isnin, 16 Ogos 2010

Why????? Because I'm a Muslim????.....


























































































Ehsan:AmazingNara.com










DERHAKA IBU BAPA ANTARA 4 DOSA BESAR....

SETIAP anak wajib berbakti kepada ibu bapa, lebih-lebih lagi bagi orang Islam yang sangat dituntut untuk berbuat baik terhadap orang tuanya.
Ini sebagaimana ditegaskan pada ayat 36, daripada surah an-Nisa’ yang bermaksud: “Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada orang tua (ibu bapa).”Penegasan ini disusuli dengan sabda SAW sebagaimana dinyatakan oleh At-Tabrani, maksudnya: “Berbaktilah kamu kepada dua ibu bapa kamu agar anak-anakmu kelak akan berbakti kepadamu. Dan peliharalah dirimu daripada perzinaan agar isteri-isterimu memelihara dirinya.”
Berbakti kepada ibu bapa adalah wajib kerana ia hukum Allah. Anak-anak yang enggan berbakti kepada dua ibu bapanya dianggap anak derhaka dan perbuatan derhaka adalah dosa besar.
Derhaka kepada ibu bapa termasuk dalam empat dosa besar. Keadaan ini jelas berdasarkan kata-kata nabi yang dinyatakan Bukhari: “Sebesar-besar (daripada) dosa besar adalah menyekutukan Allah, membunuh manusia, derhaka kepada ibu bapa dan menjadi saksi palsu.”
Perintah Islam supaya anak berbuat baik kepada ibu bapa adalah perintah yang wajar. Baru saja tiga bulan hamil, si ibu menghadapi pelbagai keperitan. Badan selalu letih, kepala pening dan selalu loya.
Apabila kandungan semakin besar, hatinya diganggu was-was, khuatir dan penuh persoalan. Apa akan terjadi kepada anak yang bakal dilahirkan? Apakah jantinanya? Apakah sempurna anggotanya?
Tiba detik melahirkannya, perasaan ibu bertambah gelisah. Khuatir keselamatan diri dan anak sentiasa menghantui fikiran. Tetapi segala kerisauan, kebimbangan dan kesakitan terubat sebaik mendengar tangisan bayi yang dilahirkan.
Bermula anak yang sebesar tapak tangan itu, ibu bapa tidak renggang membesarkan anaknya disusuli dengan kasih sayang tidak berbelah bahagi. Makan, minum, pakaian, pendidikan dan segala keselesaan diberikan, sehinggalah anak yang kecil tadi menjadi seorang kanak-kanak, remaja dan dewasa seganding dengan ibu bapanya.
Jasa ibu bapalah membolehkan si anak mengenal dan mengecap nikmat dunia, malah dapat menggali khazanah dunia serta menerajuinya. Justeru, sudah selayaknya ibu bapa dimuliakan, dibajai dengan kasih sayang sebagaimana mereka mencurahkan kasih kepada anaknya yang kecil dulu.
Anak yang enggan berbakti kepada ibu bapa adalah anak derhaka, yang menerima balasan buruk. Ini sebagaimana dapat difahami daripada hadis yang diceritakan Tabrani: “Dua (kejahatan) yang akan dibalas oleh Allah di dunia ini adalah zina dan derhaka kepada dua ibu bapa.”
Ada banyak contoh yang menunjukkan pengajaran betapa azabnya derita yang ditanggung derhaka di dunia. Seksa ini datang dalam bentuk penderitaan sakit, baik rohani atau jasmani, sukar mencari nafkah, gagal mendapatkan pekerjaan dan tiada ketenteraman dalam kehidupan.
Kisah Wail bin Khattab pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, satu peristiwa yang boleh dijadikan teladan. Disebabkan terlalu cintakan isteri, Wail selalu mencaci ibunya, mempercayai segala yang dilaporkan isterinya berkaitan ibunya.
Waktu Wail menghadapi kematian, dia mengalami penderitaan sakit yang tidak terhingga. Dia menggelupur sehingga keluar keringat dingin membasahi seluruh badan. Mati tidak, sembuh pun tidak ada harapan.
Selama berpuluh hari dia berada dalam keadaan demikian. Matanya merah menyala, mulutnya terbuka lebar tetapi kerongkongnya tersumbat sehingga tidak terdengar jeritan, manakala kaki dan tangannya kaku.
Sahabat menunggu kematiannya, namun tidak tiba. Mereka berasa terharu melihat penderitaan yang dihadapi Wail. Mereka bersilih ganti mengajarkan Wail mengucap kalimah syahadah, namun semuanya buntu.
Wail cuba sedaya upaya mengucap dua kalimah syahadah tetapi yang kedengaran daripada mulutnya hanya perkataan “oh, oh, oh, oh”. Keadaan semakin mengerikan.
Akhirnya seorang sahabat Ali bin Abi Talib menemui nabi bagi menceritakan keadaan Wail. Nabi Muhammad meminta ibu Wail dijemput menemui beliau. Nabi mahu mengetahui bagaimana keadaan dan perlakuan Wail terhadap ibunya sebelum sakit.
Apabila ditanya, ibu Wail menyatakan anaknya sentiasa mencaci lantaran hasutan isterinya. Dia percaya dan mengikut apa saja yang dilaporkan isterinya tanpa usul periksa. Ini menyebabkan ibunya berasa sakit hati kepadanya.
Nabi Muhammad SAW memujuk ibu Wail supaya segera mengampuni dosa anaknya yang derhaka. Tetapi perempuan itu berkeras tidak mahu memenuhinya. Dia berkata, air matanya belum kering lantaran perbuatan Wail yang menyakitkan hatinya.
Melihat keadaan itu, Nabi termenung seketika. Kemudian, baginda memerintahkan sahabat mengumpul kayu api. Wail akan dibakar hidup-hidup.
Nabi Muhammad menyatakan, jika ibu Wail tidak mahu memaafkan dosa anaknya, Wail akan derita menghadapi maut dalam jangka masa yang tidak pasti.
Mendengar kata-kata nabi itu, ibu Wail segera berkata: “Wahai Rasulullah, jangan dibakar dia. Wail anakku. Aku telah ampuni dia. Kesalahannya aku telah maafkan.”
Menurut sahabat, sebaik saja Wail diampuni ibunya, wajahnya mula berubah. Akhirnya dia dapat mengucap syahadah dan menghembuskan nafas terakhir.

Info: Lakaran Kata..

Isnin, 9 Ogos 2010

Renungan bersama..

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

Berikut beberapa hadith yang menceritakan fadhilat bulan Ramadhan untuk kita hayati bersama dan mendapat keberkatannya :

1. Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
"Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."
Hadis riwayath Bukhari, Muslim& Nasaaei.

2. Dan daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."
Hadith riwayat oleh Nasai'e, Ibn Majah dan Baihaqi

3. Dan Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang artinya :
"Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu."
Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai'e dan Baihaqi

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
"Solat yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar).
Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah."
Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi

5. Daripada Abi Solih Az-Zaiyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
"Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untuk Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri isterinya pada hari itu dan tidak meninggikan suara.

Sekiranya dia dihina atau diajak berkelahi maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad saw didalam kudratNya maka bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. "
Hadis riwayat imam Bukhari& Muslim.

Ahad, 8 Ogos 2010

Aper Kesssss........



Heheheh...tadi sesajer ler dok menengok gambar Nisa dan Dhia masa diorang agak kecik lah dari sekarang...n terjumpa lah gambar kat atas tuh...Tergelak sensorang jap...seingat aku maser tuh aku dok tgh sibuk mengemas kat dapur n tetiba senyap jer kat depan.....nnn bila gie tengok rupa2nye anak betuah aku dah tertido sambil tangan dok dalam tin pringels(betol ker eja nih)....dan aku per lagi terus g ambik kamera n snap gambar 2,3 keping....Hodoh benar perangaikan....Tapi kalo orang tua yang camni ruper nye lagi burok kan hehehhehe....Kakak2...bukan sekali dia buat perangai camni..Dulu pernah gak tertido sambil makan pizza....macam2 ragam anak aku...Aper2 pun Umi sayang kakak.........

Sabtu, 7 Ogos 2010

M.A.L.A.S..............


Naper ntah...bangun jer dari tidur tadi terus rasa tahap kemalasan memuncak..Malas nak bangun tapi Dhia dok jerit kat telinga..Umi!!!!!nak air shiappp.....hahahah..kepada yg tak paham sebenarnya Dhia kata dia nak air sirap hehehehe.....So gosok mata terus gi dapur n buat air sirap tuk Dhia...Pelik anak aku sorang nih....biasanya budak besar dia nih bangun tido terus cari susu..tapi Dhia ni cari air sirap...(cepat ler kaya baba dik oiiii...heheheheh)

So disebabkan kemalasan aku memang dah tahap tak leh nak ubat dah hari nih...so menu tuk lunch hari nih kita order jer ler yek......Padahal kat dlm sinki tuh pinggan dah penuh...nasib ler Mr Hubby dah offer diri nak tolong basuh(tapi tak tau ler bila sebab dah tengah hari pun still dok mengadap tv heheheh....Aku nih sebenarnya badan jer kat sini tapi hati dah naik flight dah ke Malaysia....ayoyoyo....lagi 2 minggu nak balik nih tak sabar rasanyer...

Tgh malas malas mcm nih kan best kalo dapat macam baby kat atas tuh kan layan jer...dah cumil..muka plak suci sgt.....hai ...takper lah...aku nak layan tahap kemalasan gaban nih jap...OK...layan gambar baby tuh dulu...

Jumaat, 6 Ogos 2010

Braces oh braces......


Adoiyai.....Perut lapar tapi tak bleh nak makan.....Aik naper plak nih...Hehehehe tak de aper2 pun cuma mulut jer tak bleh nak kunyah makanan disebabkan braces aku nih..Tulah hari ahad hari tuh bermulanya episod hidup dengan braces bagi seorang hamba Allah yang bernama NORAZIAN heheheh...Di sebabkan keadaan gigi aku yang agak SEVERE berlapis2nya..maka aku pun memberanikan diri lah memakai braces walaupun aku tahu komplikasi kesakitan dan kesukaran untuk makan selepas tuh...Nak wat camner..tak sanggup plak rasa kalo kena gum infection boleh dikatakan setiap bulan disebabkan oleh keadaan gigi aku nih..So alamatnya makan bubur n roti cicah air je lah gamak nya...Harap2 time aku balik Malaysia nanti dah boleh makan lah sebab kalo tak rugi jer kan....

Tapi azab yang sebenarnya belum tiba lagi sebab Doc kata aku kena cabut 6 batang gigi sepanjang proses nih nanti..makna nyer 3 batang geraham bongsu n 3 batang gigi yang berlapis tuh...Aik naper geraham bongsu pun cabut jugak..Jawapannyer sebab gigi aku crowded sangat...so tuk tu kena lah cabut geraham bongsu tuh sebab tuk treatment nih memerlukan ruang tuk gigi lain yang sepatutnya....Berkorban lah geraham bongsu aku tu nanti....Yang paling best aku kena pakai braces nih selam 3 tahun (hahahahaha padan muker aku)sebab biasalahkan dah tua..sumer nyer dah liat heheheh..Aper2 pun nantikan kemunculan aku dengan gigi yang cantik menawan 3 tahun dari sekarang ahahahahahahahah.....P/S gambar tuh bukan nyer gambar gigi aku..tuh ehsan Mr Google ...

Menjelma lagi.....

Tidak sampai seminggu lagi Ramadhan akan menemui kita sekali lagi...Alhamdulillah kerana Allah masih lagi memberi kesempatan dan peluang untuk ku menjalani ibadah puasa pada kali ini di tahun yang berbeza..InsyaAllah..Dan seperti tahun2 yang telah sudah setiap kali ramadhan menjelma kenangan berpuasa sewaktu kanak2 ku sentiasa mengetuk tirai kenangan..Terdengar saja pengumuman tarikh puasa diTV (ingat lagi betapa nazaknya TV tuh sampai kena ikat ngan getah sbb pemulas tuk cari chanel dah rosak hehehehe) punyalah suka kami adik beradik..bukan aper sebab dah tersedia maklum bahawasanya lepas nih boleh main bunga api...hahahaha aper punya perangai...

Dan seperti biasa yang paling bestnyer puasa sebab time berbuka nanti....Tapi bukan bleh g beli kat bazar ramadhan pun sebab time tuh mana ader macam sekarang n semeriah sekarang n yang paling betulnya mana ader duit pun nak beli hehehe...tapi yang best nyer sbb mak akan buat sendiri kuih muih memandangkan anak2 yang mmg kuat makan masa tuh....macam2 request yang dibuat tuk berbuka posa...macam2..sorang nak cendollah..sorang nak mee gorenglah..sorang nak kuihlah..tapi nasib baik anak 3 jer kalo 10 kan ke haru...Tapi bkn bleh dapat pun sumer tuh dalam satu hari...ikut giliran..Tapi yang kelakarnya..aper2 pun yang dimintak yang pasti nasi mesti ader...cuber bayangkan macam mana perut kami adik beradik time tuh..hehehehe..sampaikan tak leh bangun bila pas buker posa..almaklumlah makan mcm anak2 somalia..pulun habis macam karang tak leh makan lagi...

Pastu bila berbuka posa mesti nak minum ais ...tapi kat rumah mana ader peti sejuk...so rumah Arwah Apak lah yang jadi mangsa(Alfatihah tuk arwah Apak yang sangat baik pada kami sekeluarga...Seolah2 datuk kepada kami adik beradik..Moga Allah membalas setiap kebaikanmu)..Tiap2 petang sure gi rumah Apak ambil air batu ye lah kang nak berbuka nanti kan nak minum air sejuk...tak mainlah air2 panas nih...Ya Allah seronok campur sedih bila aku kenangkan kembali...seronok mengenangkan keakraban kami adik beradik dan sedih mengenangkan betapa jauhnya zaman itu aku tinggalkan.....

Kini semuanya berubah ...dulu ayah masih sihat dan mampu berjalan..sekarang sejak diserang stroke setahun lalu hanya membolehkan dia tuk duduk dikatil sahaja..Dulu terasa kemeriahan setiap kali pulang kekampung tetapi kini cukup sunyi dan sepi...Dulu sentiasa terdengar suara ayah bergurau dengan anak cucu setiap kali pulang kekampung ..tapi kini...Hanya Allah yang tahu betapa besarnya keadaan itu merubah segalanya....Terbayang betapa terlihatnya diriak wajah ayah kegembiraan bila anak2 dan cucu2 berkumpul berbuka puasa bersama...Keriuhan cucu2 yang berebut makanan bukannya mengganggu tetapi cukup mengembirakan....

Dan diwajah emak tiada lagi riak kegembiraan sejak ayah mula sakit...Ya dia mungkin juga merindui saat riuh nya rumah dengan suara anak2 disaat kecil mereka.Disaat suami masih sihat dan mampu menjadi kawan bertengkar(bukan bergaduh tapi berhujah sayang)..disaat diri sentiasa dikelilingi oleh anak2 tersayang....Dan pasti ramadhan ini pasti membangkit kenangan kepada mak sewaktu kami masih kecil...Keriuhan kami sewaktu berbuka puasa..dan keriuhan sewaktu mengejutkan kami tuk bersahur...Telah jauh kenangan itu berlalu..Aku dapat merasa kan apa yang mungkin berada dikotak ingatan mak..kerana aku juga seorang "EMAK"

Ya Allah aku hambaMu bermohon agar ramadhan kali ini memberi seribu rahmat dan berkat kepada kami sekeluarga...Moga Ramadhan ini menjadi sebagai titik penyatuan yang abadi..InsyaAllah...Mak dan ayah...walaupun jarang ku ungkapkan namun ketahuilah bahawa adik sayang mak dan ayah..Dirahimmu aku bermula sehingga dilahirkan kedunia...Mungkin tidak semewah dan sesenang orang lain namun kau tetap mencuba memberikan yang terbaik untuk ku...Moga Allah yang dapat membalas jasa mu.....