Isnin, 31 Ogos 2009

Alam yang paling indah....

Sedang aku ber fb dengan ex classmate yang juga kawan baik ku kenangan manis sewaktu kami di bangku sekolah menjadi topik..Zaman yang cukup indah untuk dikenang..Dalam diam tak diam sudah 12 tahun bangku persekolahan kutinggalkan...Namun kenangan bersama kawan tak pernah luput dalam ingatan....Masih aku teringat aku peristiwa main kejar2 dlm kelas walaupun masa tu umur dah 16-17 tahun,main enjit2 semut sampaikan kelas gamat dengan pekikan dan glak ketawa kami..tapi yang kelakarnya kawan ku Erna je yang kena panggil ngan Penolong Kanan(Cikgu Ng Kok Lai-apa kabar dia sekarang)....Wa;aupu tahun tu dalah tahun paling kritikal yelah nak ambil SPM tinggal berapa bln jer tapi kami semua masih dalam mood honeymoon.Aku ingat lagi Cikgu Sapei pernah cakap yang aku n geng semua group yang akan lingkup SPM tapi.........jeng jeng....most of us score dengan 1st great lagi....kami malas jer bkn bodohhh(he he ayat nasib baik)....Aku n kawan kamceng aku ni (Sharina) ambik subjek P.akaun tapi setiap kali kelas PA selalu jer tuang kelas-dalam erti kata ponteng le tu....and port kami lepak kat bilik Kemahiran Hidup atau kebun(semua tu kelas Cikgu Apsah).Bila ditanya kitaorg kata cikgu tak masuk kelas padahal dah nak naik kontot jari Cikgu Noricham mengajar kat kelas .....he he nakal2..tapi tu lah tu semua dah 12 tahun berlalu..Semua dah dewasa....dah kawin..n aku sendiri pun dah beranak 2 (3 and 4 belum lagi he he).Masing2 dengan haluan hidup sendiri..Apa2 pun aku doakan semuanya sukses n bahagi selalu......SWEET MEMORIES.....................................

Merdekakah kita???????

Merdeka!Merdeka!Merdeka! Kalimat keramat yang pernah dilaungkan oleh Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman pada 31 Ogos 1957 kini kembali dilaungkan setelah Malaysia mengecapi kemerdekaan selama 52 tahun....Tapi apakah kita memang sebenarnya telah merdeka.Adakah pemikiran,peradaban dan PEMERINTAHAN negara kita telah benar-benar merdeka....Merdeka bukan saja bermaksud bebas dari dijajah secara fizikal tapi bagaimana dengan spiritual dan pemikiran kita....Sewaktu perjanjian kemerdekaan dipersetujui dan ditandatangani Malaysia menjanjikan corak pemerintahan bercorak demokrasi dan Raja Berpelembagaan.Tapi apa yang dihadapkan sekarang adalah corak pemerintahan "Beraja dimata bersultan dihati".Parlimen seolah telah dibeli dan yang paling menjengkelkan fungsi raja-raja melayu hanya menjadi "penyemak" di perlembagaan negara.Corak pemerintahan Malaysia adalah corak pemerintahan yang "korup" dan ala2 Mafia.....Kebebasan bersuara dan memilih bagi rakyat sudah lama dinodai oleh barisan pemimpin tertinggi kerajaan bak perumpamaan "kelapa ditembuk tupai".....Politik wang dan barisan hidangan wanita2 jelita memang mainan pemimpin kita.Terbelakah nasib dan merdekakah kita?????Tak mungkin bangsat-bangsat yang menerajui pemerintahan diPUTRAJAYA akan menjual bangsa dan negara demi nak lunaskan nafsu haloba mereka........................................................

Ahad, 30 Ogos 2009

H1N1 punyer pasal

Hari ni masa hubby balik dr keje dia bagi aku satu memo....Pasal H1N1 rupernyer..Memo dr sekolah yang bakal anak aku masuki nanti Dukhan English school..Sepatutnya sessi persekolahan sudah pun bermula hari ni tapi disebabkan summer holiday baru jer habis dan memandangkan ramai warga Dukhan (expatriate) yang baru jer balik bercuti yang tah dr mana so di delay kan 1 week untuk H1N1 clearence.....So sessi kali ni akan dibuka 6 sept 09...Selamat aku.....

Cubalah dulu

Hee hee...ni lah kali pertama aku jejak kan jarijemari ku yang tak berapa nak cantik ni ke laman berblog...Sajer lah manalah tau boleh dijadikan tempat meluahkan perasaan n berkongsi aper2 yang patut.Hari ni dah 9 Ramadhan bermakna tiggal 17 hari ler lagi aku n family nak balik ke M'sia...Teruja bercampur takut2 ayam ada gak......Yelah takut ler sebabkan kes H1N1 yang tgh mengganas kat M'sia sekarang ni....Tapi takkan nak raya kat sini plak...lagi boring.......Tawakal jer le......k....cukup tuk entrence kali ni...so aper lagi tak paham2 kerja rumah banyak tak settle lagi....Bangunnnnnnnnn!!!!!!!.