Jumaat, 25 Disember 2009

Tak seorang pun tahu............

तेर्पेंदम...तेर्सिम्पन...तक सिअपा यंग ताहू.... दिलुँरण अकू पेरिंग..हैप्पी गो लुच्क्य...सुका बेर्गुराऊ...तापी दिसेबलिक सेगाला केलाम्बू यंग मेंयेलुबुंगी हटी दान पेरासान्कू तक सोरंग पुन ताहू...तक सोरंग पुन ताहू......लुका दिहाती...सेदिः..केकेसवान कबकू सेलिन्दुन्ग्कन दिसेबलिक गेलक तवा दान सेन्युमन..तेर्फिकिर ओलेह कु संपै बिला अकन कु पेंदाम्कन सेगाला यंग तेर्पेरोसोक जूह दिसुदुत हटी कु...तापी केपुतुसन यंग कु डपट.."बिअर्लाह कु पेंदाम सलगी हयात दिकंदुंग बदन...नमून सेसेकाली तेर्देतिक सुअर हटी कु उन्तुक कु तुम्पह्कन दान कु लम्बक्कन सेगाला यंग तेर्सिम्पन तापी पड़ा सिअपा????...अकू इन्सान यंग पेनुह देंगन सिफत केतेर्बुकान नमून उन्तुक कुलुःकन यंग सतु इनी अमत बरत.....

Isnin, 21 Disember 2009

2010....

Tahun 2009 bakal melabuhkan tirainya dalam tempoh 10 hari lagi..dan 2010 pula yang akan menjelma...Pertambahan umur dan tahun seiring tanpa pernah alpa walau sesaat pun..Tapi persoalannya adakah kita juga turut mengikuti perubahan tersebut tanpa meninggalkan sedikit pun ruang yang berlalu dengan sia-sia..Sering kali topik yang akan di bicarakan apabila tahun baru kian menjelma adalah "azam"...Tapi bagaimana dengan azam yang dilafazkan pada awal tahun lalu dan tahun-tahun yang sebelumnya..adakah telah terlunas segalanya...Kadang kadang terlintas dikotak fikiran ku "pentingkah azam tahun baru"?Tak kan kita cuma boleh berazam hanya apabila tahun baru menjelma..Azam memang senang dilafazkan tapi "Istiqamah" paling penting...Azam dan istiqamah sekiranya tidak digandingkan segala nya akan sia-sia dan membuang masa...Tapi bagi diriku setiap kali tahun baru menjelma dan umur bertambah apa yang sering terlintas dikotak fikiran adalah "bagaimana amalan bekalan akhirat ku?? sudah cukup atau tidak...Setiap saat kita semakin tua dan umur beranjak lalu tanpa pernah menunggu kita..Semakin jauh zaman kanak -kanak ku tinggalkan..zaman remaja..zaman bujang dan kini setelah menjadi isteri dan ibu lebih jauh zaman itu aku tinggalkan...Ya Allah...terima kasih atas usia,kesihatan,rezeki yang telah Kau anugerahkan kepada kami sekeluarga...Moga dengan kehadiran tahun 2010 akan menjadikan kami sekeluarga umatMu yang sentiasakan melaksanakan suruhanMu dan mentauhidkan agamaMu....InsyaAllah....

Ahad, 20 Disember 2009

Popia oh popia......

Sebut pasal popia basah teringat zaman aku menjadi student di INC Ipoh...Kalau sebut pasal popia S.Ali kat Bazar Medan Taman Kanak2 semua warga Ipoh pasti kenal...Memang yummy....So hari ni aku dapat gak peluang belajar macam mana nak buat sendiri popia basah tuh....Sambal n inti popia tuh mmg senang nak buat cuma tang nak buat kulit popia tuh jer yang agak rumit sikit...Bukan pasal bahannyer tapi nak membuatnya yang agak leceh dan rumit...So kalo aku nak buat sendiri aku akan guna kulit popia instant jer..tak payah nak pening-pening...So kat sini aku nak attachkan sekali resepi inti n sambal nyer..manalah tahu kalo2 ader kawan-kawan yang nak mencuba....Silakan............

Inti:
Udang kering dikisar-(kuantiti ikut berapa byk nak buat) *
Bawang putih n bawang merah dikisar*
Sos tiram 2 sudu besar*
Garam secukup rasa...* (bahan* ditumis hingga garing)
Taugeh
Carrot diparut...(sayuran dimasukan last n jgn masak lamer)

Sambal:

Cili kering*
bawang merah*
bawang putih* (bahan * di blend dan di tumis hingga garing)
Kicap manis 3 sudu besar
Gula melaka
Gula putih
Belacan (sedikit)

Hiasan: bawang goreng



SELAMAT MENCUBA.....................

Sabtu, 19 Disember 2009

Hipokrit vs telus.....

Hidup di dunia ini penuh dengan segala macam rencah kehidupan..Adakal rencahnya manis,kadang masam,pahit dan adakalanya tak tahu nak dikategorikan....Manusia pun sama..Punyai 1001 ragam dan kerenah yang jika difikir terlalu mendalam akan memeningkan kepala....Setelah beribu batu meninggalkan tanah air tercinta banyak mengajar aku tentang kehidupan dan kerenah makhluk ciptaan Allah yang bernama MANUSIA.....Cuma satu kerenah yang tak dapat aku fahami adalah sifat "talam dua muka" dan HIPOKRIT......Sesekali terlintas dikotak fikiran mengapa ungkapan "just be yourself " tak diguna pakai....Kenapa harus bermuka-muka dan berselindung disebalik segala macam karekter yang dicipta mengikut imaginasi yang tak pasti....Dan bagi aku sekali dimainkan cukup mengajar tentang erti WASPADA...Beringat adalah yang lebih baik daripada berulang kembali..."Ditikam dan tertikam" adalah dua ungkapan yang menjelas dua maksud yang berbeza...bagi aku "ditikam" akan meninggalkan parut yang tak mungkin sembuh....

Isnin, 7 Disember 2009

Golf oh golf.......

Memang benar bagai yang di kiaskan dalam bidalan "tak kenal maka tak cinta"....dah kenal ha ...sampai tak ingat dunia....Alkisahnya hubby kesayangan aku ni , mula-mula dulu punya lah tak minat dengan "Golf "ni...katanya golf hanya untuk Golongan Orang Lemah Fikiran....tapi sekarang sejak dah mula berjinak-jinak denagan sukan ni lain macam plak dah...bleh kata hari-hari duk citer pasal golf...Yang kelakarnyer tu terus ada club sendiri...(walaupun second hand)..Ni semua bahana mencuba suka-suka...Dah tu plak aku pun diajak samer menjiwai golf...Aku tak ader hal...boleh ajer..Hari ni pun lepas balik kerja terus angkut club...alahai......tak lekat lagi kat rumah nampak nyer....