Isnin, 21 Disember 2009

2010....

Tahun 2009 bakal melabuhkan tirainya dalam tempoh 10 hari lagi..dan 2010 pula yang akan menjelma...Pertambahan umur dan tahun seiring tanpa pernah alpa walau sesaat pun..Tapi persoalannya adakah kita juga turut mengikuti perubahan tersebut tanpa meninggalkan sedikit pun ruang yang berlalu dengan sia-sia..Sering kali topik yang akan di bicarakan apabila tahun baru kian menjelma adalah "azam"...Tapi bagaimana dengan azam yang dilafazkan pada awal tahun lalu dan tahun-tahun yang sebelumnya..adakah telah terlunas segalanya...Kadang kadang terlintas dikotak fikiran ku "pentingkah azam tahun baru"?Tak kan kita cuma boleh berazam hanya apabila tahun baru menjelma..Azam memang senang dilafazkan tapi "Istiqamah" paling penting...Azam dan istiqamah sekiranya tidak digandingkan segala nya akan sia-sia dan membuang masa...Tapi bagi diriku setiap kali tahun baru menjelma dan umur bertambah apa yang sering terlintas dikotak fikiran adalah "bagaimana amalan bekalan akhirat ku?? sudah cukup atau tidak...Setiap saat kita semakin tua dan umur beranjak lalu tanpa pernah menunggu kita..Semakin jauh zaman kanak -kanak ku tinggalkan..zaman remaja..zaman bujang dan kini setelah menjadi isteri dan ibu lebih jauh zaman itu aku tinggalkan...Ya Allah...terima kasih atas usia,kesihatan,rezeki yang telah Kau anugerahkan kepada kami sekeluarga...Moga dengan kehadiran tahun 2010 akan menjadikan kami sekeluarga umatMu yang sentiasakan melaksanakan suruhanMu dan mentauhidkan agamaMu....InsyaAllah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan