Selasa, 8 September 2009

First day to school....

N
7 September 2009 adalah hari pertama untuk anak sulungku Nisa menjejakkan kaki nya ke alam persekolahan.Walaupun baru berusia 3 tahun 9 bulan tapi di Dukhan pada usia begini semua kanak kanak sudah pun berada di fasa Nursery.Memang betul kata orang dan aku pun dah laluinya..anak yang nak ke sekolah tapi umi nyer yang debar lain macam...malam sebelum tu walaupun mata pejam tapi kepala ni asyik terbayang n terfikir apa dak wat bekal untuk Nisa esok,pukul barapa nak kejutkan dia dan macam mana reaksinya nanti bila di sekolah ...Tapi semuanya berjalan dengan sempurna....Sampaikan bila sessi pada hari tu selesai Nisa menangis tak nak balik...Dan pada hari tu aku n hubby dapatlah berkenalan dengan guru kelas Nisa..namanya Miss Shaw dan assistant teachernya Miss Gracia.Alahaiiiiii.....sekolah dah Nisa.....rasa macam cepat sangat masa berlalu.....Kakak belajar rajin2 k........

Rabu, 2 September 2009

Cannon Firing....

Telah menjadi tradisi di bumi Qatar apabila tibanya Ramadhan tembakan meriam akan digunakan sebagai menandakan telah sampainya waktu berbuka puasa(Iftar)..Meriam dilihat begitu sinonim dengan bulan yang penuh keberkatan ini...Jika di Malaysia laungan azan sudah cukup memberikan kefahaman bahawa telah sampai waktu untuk semua umat Islam menamatkan ibadat puasa meraka untuk hari tersebut.Tradisi ini terasa begitu unik kerana boleh dikatakan semua negara Islam di Timur tengah ini melakukan perkara yang serupa seperti Dubai contohnya.Dan semalam kami sekeluarga telah dapat menyaksikan sendiri di depan mata tradisi ini.

Kenangan Umrah


Alhamdulillah.....Setinggi syukur ku panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia, rezeki dan hidayahNya menjemput kami sekeluarga sebagai tetamu ke rumahNYA.....Tiada tempat dan keadaan yang paling tenang dan indah melainkan berada didalam Masjidil Haram dan lingkungan KaabahMU...Terasa diri begitu kerdil dan hina.....Namun segala ibadat yang dilakukan terasa seperti mengadap Allah di depan mata....Allahuakhbar....InsyaAllah tahun hadapan jika Allah menjemput lagi ingin kami menjadi tetamu di Tanah Suci itu.....InsyaAllah...

Al-Quran Kalam Allah

Hebatnya Al-Quran,dengan mendampinginya kita akan mendapat tempias mukjizat Nabi SAW.Tetapi sayang ramai yang memandang remeh sahaja nikmat Al-Quran yang besar didepan mata.Sehinggakan Allah SWT berfirman"Mengapakah kamu menganggap remeh sahaja Al-Quran ini?"(Surah AlWaqiah ayat 81)

Para sahabat Rasullulah SAW menjaga AlQuran bagai menatang minyak yang penuh.Jika tidak dapat dipegang dengan tangan,sanggup di gigit dengan gigi,tak sanggup dilepaskan.Kerana bagi mereka Al-Quran adalah lambang kekuatan,lambang dekat dengan Allah dan juga RasulNya.

Terdapat 40 hadis yang menunjukkan betapa Al-Quran mempunyai begitu banyak kelebihan yang akan menguntungkan para pencintanya.Mengikut hadis ini ganjaran (pahala) adalah sama pada orang yang mempelajari untuk keperluan sendiri atau pun digunakan untuk mengajar individu lain.

"Hazrat Usman (r.h.u) meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:"Yang terbaik diantara kamu ialah yang belajar Al-Quran dan mengajarnya"

"Hazrat Abu Said radi-Allahuanhu meriwayatkan bahawa Rasul Allah SAW bersabda : "Allah berfirman, jikalau sesiapa mendapati tiada masa untuk mengingati Daku dan memohon rahmat dariKu,kerana dia sibuk dengan Al-Quran, Aku akan mengurniakannya lebih daripada mereka-mereka yang memohon rahmat daripadaKu".

"Hadrat Abdul Rahman Ibni Auf radi-Allahuanhu meriwayatkan bahawa Rasullullah SAW bersabda,:"Di hari Pengadilan kelak 3 perkara yang akan berada dibawah perlindungan Arsh:
1.Adalah Al-Quran yang Mulia yang akan berhujah dengan manusia-Al-Quran mempunyai jasmani dan rohani.
2.Amanat
3.Tali persaudaraan(silatur-rahim)yang akan mengisytiharkan "Wahai Allah berikan lah rahmat kepada orang yang mempertahankan ku dan tariklah rahmat daripada sesiapa sahaja yang mengsia-siakan ku."

QURAN TEMAN KARIB 3 ALAM: DUNIA,KUBUR DAN AKHIRAT................................