Rabu, 2 September 2009

Al-Quran Kalam Allah

Hebatnya Al-Quran,dengan mendampinginya kita akan mendapat tempias mukjizat Nabi SAW.Tetapi sayang ramai yang memandang remeh sahaja nikmat Al-Quran yang besar didepan mata.Sehinggakan Allah SWT berfirman"Mengapakah kamu menganggap remeh sahaja Al-Quran ini?"(Surah AlWaqiah ayat 81)

Para sahabat Rasullulah SAW menjaga AlQuran bagai menatang minyak yang penuh.Jika tidak dapat dipegang dengan tangan,sanggup di gigit dengan gigi,tak sanggup dilepaskan.Kerana bagi mereka Al-Quran adalah lambang kekuatan,lambang dekat dengan Allah dan juga RasulNya.

Terdapat 40 hadis yang menunjukkan betapa Al-Quran mempunyai begitu banyak kelebihan yang akan menguntungkan para pencintanya.Mengikut hadis ini ganjaran (pahala) adalah sama pada orang yang mempelajari untuk keperluan sendiri atau pun digunakan untuk mengajar individu lain.

"Hazrat Usman (r.h.u) meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:"Yang terbaik diantara kamu ialah yang belajar Al-Quran dan mengajarnya"

"Hazrat Abu Said radi-Allahuanhu meriwayatkan bahawa Rasul Allah SAW bersabda : "Allah berfirman, jikalau sesiapa mendapati tiada masa untuk mengingati Daku dan memohon rahmat dariKu,kerana dia sibuk dengan Al-Quran, Aku akan mengurniakannya lebih daripada mereka-mereka yang memohon rahmat daripadaKu".

"Hadrat Abdul Rahman Ibni Auf radi-Allahuanhu meriwayatkan bahawa Rasullullah SAW bersabda,:"Di hari Pengadilan kelak 3 perkara yang akan berada dibawah perlindungan Arsh:
1.Adalah Al-Quran yang Mulia yang akan berhujah dengan manusia-Al-Quran mempunyai jasmani dan rohani.
2.Amanat
3.Tali persaudaraan(silatur-rahim)yang akan mengisytiharkan "Wahai Allah berikan lah rahmat kepada orang yang mempertahankan ku dan tariklah rahmat daripada sesiapa sahaja yang mengsia-siakan ku."

QURAN TEMAN KARIB 3 ALAM: DUNIA,KUBUR DAN AKHIRAT................................



Tiada ulasan:

Catat Ulasan