Khamis, 21 Oktober 2010

Kadang2 kata terlupa.......

Kadang2 kita memang sering terlupa ataupun tak pernah tahu bahawa aurat seorang wanita muslim bukan sahaja harus dijaga dari pandangan kaum adam sahaja ...Malah turut harus dijaga walaupun dihadapan wanita...Dan jangan dianggap enteng kerana aurat wanita muslim harus dijaga seperti ketika berhadapan dengan kaum adam semasa dihadapan wanita kafir....

AURAT WANITA DIHADAPAN WANITA KAFIR

Menurut pendapat jumhur Ulama', aurat dan perhiasan wanita dihadapan wanita kafir, Yahudi dan Nasrani adalah sama seperti aurat dihadapan lelaki ajnabi. Iaitu selain muka dan tapak tangan. Untuk itu, wanita mestilah menutup auratnya dan perhiasannya ketika bersama dengan orang kafir. Pengharaman tersebut adalah atas dasar berlainan agama. Pendapat ini juga merupakan pendapat Ibn Abbas dan dipersetujui oleh Imam al-Qurtubi.

Untuk itu wanita dikira berdosa dan diharamkan mendedahkan segala perhiasan kepada bukan mahram mereka yang merangkumi juga melarang mereka menghentakkan kaki apabila berjalan supaya diketahui perhiasan yang mereka pakai seperti gelang kaki yang mempunyai loceng. Apa yang diharuskan untuk mereka mendedahkan perhiasan tersebut hanya dibolehkan kepada 12 golongan sahaja sebagaimana yang disebutkan dalam surah an-Nur ayat 31.

Antara lain juga, wanita itu hanya boleh mendedahkan perhiasan yang mereka pakai kepada mahram sahaja. Apa yang dimaksudkan dengan mahram disini ialah mana-mana mahram daripada pihak perempuan atau isteri itu. Untuk itu, secara jelas dan terperincinya, Lelaki yang menjadi mahram kepada perempuan atau isteri itu ialah, Bapanya, abangnya, anak lelakinya, adik-beradik lelakinya, anak saudara daripada adik-beradik lelakinya, anak saudara daripada saudara perempuannya, bapa saudara dari sebelah bapanya, bapa saudara dari sebelah ibunya, anak tiri lelakinya, Mertua lelakinya dan menantu lelakinya.

Semua mereka yang tersebut di atas itu adalah lelaki-lelaki mahram yang boleh bergaul atau menemani wanita dengan berpandukan ketakwaan kepada Allah dan berpegang teguh dengan syariat Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan