Khamis, 1 Julai 2010

School Holiday!!!!!


Perghhhhh......pejam celik pejam celik dah sampai gak ke penghujung sesi persekolahan tuk tahun nih....so bermakna rumah ku akan jadi lebih riuh rendah ler selama 24jam sehari 7 hari seminggu...huwakakakaka....kalo tak selalunyer tinggal yang kecik je kat rumah..tapi bila yang berdua tuh dah cukup "korum"nyer sure mmg ader ler kejap menjerit ,kejap gelak,nnnnn yang pastinyer mesti ader yang nangis nyer lah pastu.....
Tapi tuh ler,,,aper-aper pun kena gak ler habiskan sebulan cuti sekolah nih kat padang pasir berdengung nih dulu sblm bleh blk malaysia bln 8 nih...fuyoooooo sendat kepala otak pikir aper nak aku buat ngan budak2 berdua di cuti panjang nih...Mesti kena pikir dah xtvt nyer...kalo tak serabut kepala...tapi yang pasti swimming akan jd lebih kerap ler sbb itu ler xtvt yg paling diorang suker..nnn umi pun suker gak...cumer uminyer swimming time cumer selasa mlm jer kan.... alahai sian......

Rabu, 30 Jun 2010

Ampunkanlah MANUSIA itu.......

Siapakah "manusia" itu????...kadang kadang aku tak paham kenapa dan kenapa sentiasa sakit hati dan tak pernah puas hati bila melihat orang lain.....Sentiasa merasakan bahawa diri dan pendirian yang diguna pakai itu lebih baik dari pendirian org lain...merasakan diri itu lebih bijak pandai dari orang lain...sentiasa "mengondem" manusia sekeliling seolah2 minta dipanggil dan dirayu minta perhatian....Wahai sang manusia gunakan ajer lah slogan "ader mata pandang ader telinga dengar nnnnnn ader mulut diam!!!!"..tapi yang peliknyer mulut diam tapi mata, telinga n jari jemari plak tak reti duk diam....tulah ...mana ader manusia yang boleh lari dari masyarakat kan....Naper ler lah nak menentang fitrah manusia yang Allah dah berikan....Sakit hati tgk org bertudung litup , ke kelas agama n berjubah bagai....so what????awak teringin jugak ker....Tah lah .....manusia akhir zaman...bila manusia berubah n berlumba2 kejalan kebaikan sentiasa dicaci...tapi kalo ke jln keburukan senyap sunyi plak tuh....Patutnya sebelum aper2 pun nilai n timbang2 ler keadaan diri sendiri..n pikir..patut ker aku cakap or pikir macam tuh sedangkan mereka tuh dah lunaskan tanggungjawab mereka n tanya pd diri sendiri " AKU BILA PULAK?????"...Alahai manusia....

Isnin, 28 Jun 2010

24 hours n 7 days a week......

Ya ampunnnnn.....Memandangkan sekarang nih aku dah beralih kerier dari seorang jururawat menjadi "House manager" so terpaksa lah aku buka ofis 24 jam sehari 7 hari seminggu...takde MC n takde cuti tahun hehehehe....Tapi bonus n kenaikan gaji ader tak agak2nyer(MR Hubby sila jawab hahahahaha)..Memang satu perubahan yang amat drastik bagi aku sebenarnya..almaklumlah sebelum nih dah biasa bekerja...Tiap2 hari keluar rumah..ader gaji sendiri..kerja tak tentu masa almaklumlah MISI....kalo shift malam alamatnya lepas 3 malam mata aku mmg macam Zombie kampung pisang hahahaha....Tapi sejak Ogos 2007 aku dah mula tak bekerja kerana ambik Unpaid leave tuk ikut hubby ke sini (Qatar)...so bermula episod hidup yang serba serbi hanya aku jer yang tahu.....

Bagi mereka yang sebelumnyer memang berkarier pasti akan rasa aper yang aku rasa..Cuba bayangkan yang aku nih bleh menangis tiap hari lepas jer hubby g kerja sebab terlalu bosannyer duk rumah...Yelah..kat tempat kerja kan ader kawan2..ader patient...ader kerja..so lebih kurang memang ader lah benda yang akan membusy kan kita..tapi kan sini plak celik mata jer masuk dapur capai apron n then capai periuk belanga huwahuwahuwa...dulu pun pun pakai apron gak tapi pastu terkejar sini sana lah mengejar luka patient (i miss my job so much).....Tapi cerita nih masa aku dalam bulan2 pertama di Dukhan...Dulu di Malaysia dah biasa kalo nak pergi pasar atau kedai tak payah tunggu hubby..Capai jer kunci keter tu dia kejap jer dah penuh bakul ngan barang2...tapi kat sini masa tuh nak g kedai pun sumer kena tunggu hubby...Tapi sekarang lega skit sebab sejak dah ada lesen sendiri so tak payah nak tunggu hubby lg..sendiri bleh ca alif but..cabut heheheheh

So berbalik cerita aku tadi...Sekarang aku sedang didalam dilema sebab tak lama lagi nak bagi surat cinta kat opis tempat kerja ...Amboi kak bercinta ngan opis ker.....Bukan surat cinta tuh tapi surat berenti kerja...Yelah walaupun selama nih aku cuma ader Diploma In Nursing jer tapi dengan gaji sebagai seorang MISI tuh lah yang aku guna selama ini tuk bantu mak ayah n penuhi keperluan aku......Harap2 keputusan aku ini akan memberikan kebaikan kepada aku dan keluarga...Ameeen....

Isnin, 24 Mei 2010

Ingatlah diri yang lupa...

Kebaikan dan keburukan telah tercampur secara sempurna dalam diri manusia dan tidak ada yang dapat memisahkan campuran itu kecuali 2 macam api.Iaitu "api penyesalan dan api neraka".

Agar selamat dari keburukan yang telah bercampur kuat dalam dirimu,maka engkau harus dibakar dengan salah satu api diatas,,iaitu engkau menyesali setiap dosa yang telah atau masih engkau lakukan dan segera kembali kepada Allah, atau engkau tetap berada dalam kerendahan dan akhirnya masuk kedalam neraka jahannam..

Ketahuilah sesungguhnya bahan utama api yang kelak digunakanuntuk menyiksamu terdapat dalam diri mu sendiri..Seandainya bahan utama itu tidak terdapat dalam dirimu , maka neraka tidak akan mampu membakarmu...Sepertimana yang disebutkan didalam sebuah hadis...ketika seorang mukmin melewati titian yang terbentang diatas neraka menuju ke syurga, neraka berkata kepadanya:

"Wahai mukmin, cepatlah berlalu,kerena sesungguhnya cahayamu memadamkan kobaran
apiku. (HR Thabrani)

Ahad, 23 Mei 2010

Sungguh mulianya dirimu ya Rasullulah.....

Kelmarin memandang kami sekeluarga tidak merancang untuk kemana-mana jadi masa yang terluang kami habiskan dengan menonton video Habib Ali Aljufri seorang penghafaz hadis mengenai saat-saat kewafatan kekasih Allah iaitu Rasullullah SAW...Video yang pendek itu cukup menebalkan lagi rasa cinta dan kasih terhadap junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW..

Disaat Rasullullah dalam keadaan nazak dan ambang maut semakin menghampiri tidak sedikit pun menggugat kasih sayang nya terhadap umatnya...hinggakan disaat sakaratul maut ingin mengambil ruhnya yang mulia itu masih dibibirnya menyebut "umatti...umatti...umatti...( umatku...umatku..umatku..)..dan disaat keperitan ruhnya mahu meninggalkan jasadnya yang mulia masih tetap ia memohon kepada Allah agar biar dia sahaja yang merasakan siksanya saat sakaratul maut dan bukan pada umatnya...(Subahanallah)....Dan disaat genting itu juga dia tetap memikirkan tentang umatnya diakhirat kelak...Seperti sirah-sirah yang kita semua tahu Nabi Muhammad SAW sentiasa meletakkan kepentingan dirinya pada tempat yang paling akhir ..Hanya pada Tuhan yang satu harapan dan sujudnya yang tak pernah tergugat...MasyaAllah....indahnya imanmu ya Rasullulah.....Saat itu malaikat Jibril yang sentiasa mendampinginya pun tidak sanggup melihat tubuh yang mulia itu menghadapi sakaratul maut...Manusia yang menjadi kekasih Allah itu masih merasakan siksa dan perit nya sakaratul maut...alam dan semua penghuni nya menangisi perpisahan dengan penghulu umat manusia yang mulia ini....Para sahabat seperti kehilangan punca..dan seandai nya terdaya pasti kewafatan nya akan ditahan oleh para sahabat yang setia..namun itulah janji Allah...Manusia mulia itu memilih untuk menyahut panggilan Allah yang merinduinya disyurga dan juga memenuhi kerinduan hatinya untuk menemui pencipta sekelian alam...Dan apa yang ditinggalkan untuk umatnya adalah Al-Quran ,sunnah dan hadis....Memetik kebimbangannya sewaktu kewafatannya.."Aku tidak risau sekira nya umatku akan syirik tetapi aku risau sekiranya umatku mengejar Dunia..."....Selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammas SAW para keluarga dan sahabat baginda....

Isnin, 3 Mei 2010

Kelebihan Membaca Al-Mathurat

Kelebihan membaca Al Mathurat:

1. Tidak dihampiri syaitan

2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.

3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.

4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.

5. Selamat dari segala sesuatu.

6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.

7. Allah berhak untuk meredhainya

8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.

9. Terhindar daripada syirik.

10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.

11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.

12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.

13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.

14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan

Jumaat, 23 April 2010

Perihal Jahannam....

Nabi SAW bersabda:"Ya Jibrail,jelaskan padaku sifat Jahannam"
Jawabnya:"Ya.Ketika Allah menjadikan Jahannam,maka dinyalakan selama seribu tahun sehingga merah,kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih,kemudian seribu tahun sehingga hitam,maka ia hitam gelap,tidak pernah padam nyala dan baranya.Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak,andaikan terbuka sebesar lubang jarum,nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak,andaikan satu baju ahli neraka itu di gantung diantara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.Demi Allah yang mengutuskan engkau dengan hak,andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Quran itu diletakan diatas bukit,nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke7.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak,andaikan seorang di hujung barat tersiksa,nescaya akan terbakar orang yang dihujung timur kerana sangat panasnya,Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi,dan minumannya air panas bercampur nanah,dan pakaiannya potongan potongan api.Api neraka itu ada 7 pintu,tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.....