Isnin, 23 November 2009
Raya 2009
Brazil vs England.....
Alahai.......Pada 29 oktober 2009 yang lalu aku n hubby berpeluang menyaksikan International Friendly Match diantara 2 gergasi bola sepak dunia iaitu Brazil dan England bertempat di Khalifa Stadium Doha,Qatar....Suasana stadium yang gamat dimeriahkan oleh para peminat dan penyokong Brazil dan England cukup menghiburkan...Dan pastinya aku yang mmg fan Brazil seronok melihat gelagat geng -geng fanatik Brazil yang riuh menyanyi sambil berjoget....Rasa hati cam nak join samer berjoget cam diorang...mmg happening....Part yang lagi happening bila Kaka yang berjersi 10 turun padang.....hensome siot..dah ler tu muda-muda lagi dah kaya raya.....Brazil malam tu menurunkan Kaka sebagai kepten dan England plak Wayne Rooney....Game malam tu bermula agak perlahan dengan Brazil yang tak putus-putus mengasak pintu gol England tapi sayang rezeki tak berpihak pada separuh masa pertama.....Tapi jeng...jeng...jeng....pada minit ke 2 separuh masa kedua pintu gol England bocor gak dengan tendangan daripada Nilmar....sebenarnya ada satu lagi penalti yang tak berapa nak menjadi buat Brazil.....Dan game malam tu Brazil menang 1-0......ha ha ha....
Sabtu, 21 November 2009
Phuket oh phuket
Hello.............................
Lamer nyer rasa tak add something new dlm blog ni...almaklumlah busynyer dah macam mengalahkan YB nak bertanding pilihanraya...Ni barulah boleh duk diam skit...Alkisah masa balik beraya di Malaysia dapat ler kami anak beranak meluangkan masa yang sebenarnya tak berapa nak ader get away sebentar ke Phuket....sambil tenangkan fikiran dan mengempis kan duit ....Sepanjang berada di Patong tak dapat rasanyer digambarkan betapa hayalan Tsunami sentiasa berlegar-legar diruang fikiran...Masih lagi ada lagi tinggalan kesan Tsunami yang masih belum diperbaiki....Cerita-cerita dr org2 tempatan memang cukup memberikan gambaran yang mengerikan............Namun itu tak melenyapkan dan menggagalkan kan niat kami sekeluarga untuk menikmati keindahan pantai dan kenyamanan tiupan angin laut......Kami juga sempat singgah ke Phuket Fantasea...MasyaAllah....cukup cantik...Nisa dan Dhia lah yang paling ceria dan teruja dengan keadaan disana...ala2 mini disneyland (nanti pujuk baba bawak kita gi real disneyland kat Jepun plak yek) ...selama 4 hari disana rasanya hampir keseluruhan Patong dah diterokai....shopping sudah n makan pun sudah.....Harap2 bleh datang lagi....(Mr Hubby....siap2 ler duitnyer yek keh keh)....Macam mana pun Phuket mmg best...Teringin plak nak berhoneymoon semula....keh keh...
Selasa, 8 September 2009
First day to school....
Rabu, 2 September 2009
Cannon Firing....
Telah menjadi tradisi di bumi Qatar apabila tibanya Ramadhan tembakan meriam akan digunakan sebagai menandakan telah sampainya waktu berbuka puasa(Iftar)..Meriam dilihat begitu sinonim dengan bulan yang penuh keberkatan ini...Jika di Malaysia laungan azan sudah cukup memberikan kefahaman bahawa telah sampai waktu untuk semua umat Islam menamatkan ibadat puasa meraka untuk hari tersebut.Tradisi ini terasa begitu unik kerana boleh dikatakan semua negara Islam di Timur tengah ini melakukan perkara yang serupa seperti Dubai contohnya.Dan semalam kami sekeluarga telah dapat menyaksikan sendiri di depan mata tradisi ini.
Kenangan Umrah
Alhamdulillah.....Setinggi syukur ku panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia, rezeki dan hidayahNya menjemput kami sekeluarga sebagai tetamu ke rumahNYA.....Tiada tempat dan keadaan yang paling tenang dan indah melainkan berada didalam Masjidil Haram dan lingkungan KaabahMU...Terasa diri begitu kerdil dan hina.....Namun segala ibadat yang dilakukan terasa seperti mengadap Allah di depan mata....Allahuakhbar....InsyaAllah tahun hadapan jika Allah menjemput lagi ingin kami menjadi tetamu di Tanah Suci itu.....InsyaAllah...
Al-Quran Kalam Allah
Hebatnya Al-Quran,dengan mendampinginya kita akan mendapat tempias mukjizat Nabi SAW.Tetapi sayang ramai yang memandang remeh sahaja nikmat Al-Quran yang besar didepan mata.Sehinggakan Allah SWT berfirman"Mengapakah kamu menganggap remeh sahaja Al-Quran ini?"(Surah AlWaqiah ayat 81)
Para sahabat Rasullulah SAW menjaga AlQuran bagai menatang minyak yang penuh.Jika tidak dapat dipegang dengan tangan,sanggup di gigit dengan gigi,tak sanggup dilepaskan.Kerana bagi mereka Al-Quran adalah lambang kekuatan,lambang dekat dengan Allah dan juga RasulNya.
Terdapat 40 hadis yang menunjukkan betapa Al-Quran mempunyai begitu banyak kelebihan yang akan menguntungkan para pencintanya.Mengikut hadis ini ganjaran (pahala) adalah sama pada orang yang mempelajari untuk keperluan sendiri atau pun digunakan untuk mengajar individu lain.
"Hazrat Usman (r.h.u) meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:"Yang terbaik diantara kamu ialah yang belajar Al-Quran dan mengajarnya"
"Hazrat Abu Said radi-Allahuanhu meriwayatkan bahawa Rasul Allah SAW bersabda : "Allah berfirman, jikalau sesiapa mendapati tiada masa untuk mengingati Daku dan memohon rahmat dariKu,kerana dia sibuk dengan Al-Quran, Aku akan mengurniakannya lebih daripada mereka-mereka yang memohon rahmat daripadaKu".
"Hadrat Abdul Rahman Ibni Auf radi-Allahuanhu meriwayatkan bahawa Rasullullah SAW bersabda,:"Di hari Pengadilan kelak 3 perkara yang akan berada dibawah perlindungan Arsh:
1.Adalah Al-Quran yang Mulia yang akan berhujah dengan manusia-Al-Quran mempunyai jasmani dan rohani.
2.Amanat
3.Tali persaudaraan(silatur-rahim)yang akan mengisytiharkan "Wahai Allah berikan lah rahmat kepada orang yang mempertahankan ku dan tariklah rahmat daripada sesiapa sahaja yang mengsia-siakan ku."
QURAN TEMAN KARIB 3 ALAM: DUNIA,KUBUR DAN AKHIRAT................................

Langgan:
Catatan (Atom)