Ahad, 20 Disember 2009

Popia oh popia......

Sebut pasal popia basah teringat zaman aku menjadi student di INC Ipoh...Kalau sebut pasal popia S.Ali kat Bazar Medan Taman Kanak2 semua warga Ipoh pasti kenal...Memang yummy....So hari ni aku dapat gak peluang belajar macam mana nak buat sendiri popia basah tuh....Sambal n inti popia tuh mmg senang nak buat cuma tang nak buat kulit popia tuh jer yang agak rumit sikit...Bukan pasal bahannyer tapi nak membuatnya yang agak leceh dan rumit...So kalo aku nak buat sendiri aku akan guna kulit popia instant jer..tak payah nak pening-pening...So kat sini aku nak attachkan sekali resepi inti n sambal nyer..manalah tahu kalo2 ader kawan-kawan yang nak mencuba....Silakan............

Inti:
Udang kering dikisar-(kuantiti ikut berapa byk nak buat) *
Bawang putih n bawang merah dikisar*
Sos tiram 2 sudu besar*
Garam secukup rasa...* (bahan* ditumis hingga garing)
Taugeh
Carrot diparut...(sayuran dimasukan last n jgn masak lamer)

Sambal:

Cili kering*
bawang merah*
bawang putih* (bahan * di blend dan di tumis hingga garing)
Kicap manis 3 sudu besar
Gula melaka
Gula putih
Belacan (sedikit)

Hiasan: bawang goreng



SELAMAT MENCUBA.....................

Sabtu, 19 Disember 2009

Hipokrit vs telus.....

Hidup di dunia ini penuh dengan segala macam rencah kehidupan..Adakal rencahnya manis,kadang masam,pahit dan adakalanya tak tahu nak dikategorikan....Manusia pun sama..Punyai 1001 ragam dan kerenah yang jika difikir terlalu mendalam akan memeningkan kepala....Setelah beribu batu meninggalkan tanah air tercinta banyak mengajar aku tentang kehidupan dan kerenah makhluk ciptaan Allah yang bernama MANUSIA.....Cuma satu kerenah yang tak dapat aku fahami adalah sifat "talam dua muka" dan HIPOKRIT......Sesekali terlintas dikotak fikiran mengapa ungkapan "just be yourself " tak diguna pakai....Kenapa harus bermuka-muka dan berselindung disebalik segala macam karekter yang dicipta mengikut imaginasi yang tak pasti....Dan bagi aku sekali dimainkan cukup mengajar tentang erti WASPADA...Beringat adalah yang lebih baik daripada berulang kembali..."Ditikam dan tertikam" adalah dua ungkapan yang menjelas dua maksud yang berbeza...bagi aku "ditikam" akan meninggalkan parut yang tak mungkin sembuh....

Isnin, 7 Disember 2009

Golf oh golf.......

Memang benar bagai yang di kiaskan dalam bidalan "tak kenal maka tak cinta"....dah kenal ha ...sampai tak ingat dunia....Alkisahnya hubby kesayangan aku ni , mula-mula dulu punya lah tak minat dengan "Golf "ni...katanya golf hanya untuk Golongan Orang Lemah Fikiran....tapi sekarang sejak dah mula berjinak-jinak denagan sukan ni lain macam plak dah...bleh kata hari-hari duk citer pasal golf...Yang kelakarnyer tu terus ada club sendiri...(walaupun second hand)..Ni semua bahana mencuba suka-suka...Dah tu plak aku pun diajak samer menjiwai golf...Aku tak ader hal...boleh ajer..Hari ni pun lepas balik kerja terus angkut club...alahai......tak lekat lagi kat rumah nampak nyer....

Isnin, 30 November 2009

Venice de Qatar..........


Ha.....dah lepas penat berpicnic kitaorang pun terbang ke Venice....kuang kuang.... Jangan terkejut....Kat Qatar pun ada tempat ala2 Venice....Nama tempat nye The Pearl....Suasana mmg ala Venice...So kami pun mengabiskan masa sampai ke larut malam melayan keindahan dan kenyamanan tiupan udara laut sambil dihiburkan dengan live show daripada street performence....Walaupun kedinginan sampai ke tulang tapi lepak tetap lepak....Tempat ni mmg happening....Anak-anak pun happy coz dapat tengok silap mata jalanan ala -ala David Blaine....tapi takde ler sampai bleh tembus dinding...cuma silap mata simple jer...aper2 pun tetap enjoy....

Jom Picnic......

Memandangkan cuti Aidil Adha kat sini mencecah 10 hari maka bermacamlah aktiviti yang dirancangkan bagi memenuhkan masa yang terluang...Diantaranya berpicnic di Corniche....Corniche ni berhampiran dengan laut yang sememangnya menjadi tumpuan penduduk Doha dan seluruh Qatar untuk berehat...Memandangkan Eid holiday dan ditambahkan lagi dengan cuaca yang sejuk maka ramai ler family yang bersantai....Jadi kami warga Malaysia di Dukhan juga pun berpicnic lah jugak.....Mak bapak bersantai...anak2 tu dia berkejaran....Sejuk2 camni mmg best kalau bersantai-santai di luar....So...next aktiviti adalah CRABBING di Al Khor selasa ni....jom layan....

Eid Mubarak.....

Kali ni genap kali ke 3 aku dan family menyambut Aidil Adha di Dukhan...Kali ini dipagi raya aku mengubah sedikit menu.....Soto ayam dan Roti jala....Maklumlah dah agak muak rasanyer dengan rendang...Jadi menu bertukar le....So seperti kebiasaan di pagi raya selepas bertakbir dan sembahyang raya kami sekeluarga menerima kunjungan rakan-rakan ke rumah....Dah penat makan aper lagi start ler jalan2 beraya ke rumah member lain....Pergh....memang penat giler...kalah beraya kat Malaysia cam ni....aper2 pun layan......Happy Eid...

Isnin, 23 November 2009

Surprise birthday celebration..........

Pada 04/10/2009 yang lalu genaplah aku ni dah menjangkau ke usia 29 tahun(alamak tua dah aku ni)...Dan tanpa aku duga hubby telah merancangkan sesuatu untuk aku....Tak disangka-sangka di The Zone aku menerima sejambak bunga dan laptop baru.......Thank you Hubby.....Love u so much...muah muah....tahun depan nak lagi.....