Selasa, 8 September 2009
First day to school....
Rabu, 2 September 2009
Cannon Firing....
Telah menjadi tradisi di bumi Qatar apabila tibanya Ramadhan tembakan meriam akan digunakan sebagai menandakan telah sampainya waktu berbuka puasa(Iftar)..Meriam dilihat begitu sinonim dengan bulan yang penuh keberkatan ini...Jika di Malaysia laungan azan sudah cukup memberikan kefahaman bahawa telah sampai waktu untuk semua umat Islam menamatkan ibadat puasa meraka untuk hari tersebut.Tradisi ini terasa begitu unik kerana boleh dikatakan semua negara Islam di Timur tengah ini melakukan perkara yang serupa seperti Dubai contohnya.Dan semalam kami sekeluarga telah dapat menyaksikan sendiri di depan mata tradisi ini.
Kenangan Umrah
Alhamdulillah.....Setinggi syukur ku panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia, rezeki dan hidayahNya menjemput kami sekeluarga sebagai tetamu ke rumahNYA.....Tiada tempat dan keadaan yang paling tenang dan indah melainkan berada didalam Masjidil Haram dan lingkungan KaabahMU...Terasa diri begitu kerdil dan hina.....Namun segala ibadat yang dilakukan terasa seperti mengadap Allah di depan mata....Allahuakhbar....InsyaAllah tahun hadapan jika Allah menjemput lagi ingin kami menjadi tetamu di Tanah Suci itu.....InsyaAllah...
Al-Quran Kalam Allah
Hebatnya Al-Quran,dengan mendampinginya kita akan mendapat tempias mukjizat Nabi SAW.Tetapi sayang ramai yang memandang remeh sahaja nikmat Al-Quran yang besar didepan mata.Sehinggakan Allah SWT berfirman"Mengapakah kamu menganggap remeh sahaja Al-Quran ini?"(Surah AlWaqiah ayat 81)
Para sahabat Rasullulah SAW menjaga AlQuran bagai menatang minyak yang penuh.Jika tidak dapat dipegang dengan tangan,sanggup di gigit dengan gigi,tak sanggup dilepaskan.Kerana bagi mereka Al-Quran adalah lambang kekuatan,lambang dekat dengan Allah dan juga RasulNya.
Terdapat 40 hadis yang menunjukkan betapa Al-Quran mempunyai begitu banyak kelebihan yang akan menguntungkan para pencintanya.Mengikut hadis ini ganjaran (pahala) adalah sama pada orang yang mempelajari untuk keperluan sendiri atau pun digunakan untuk mengajar individu lain.
"Hazrat Usman (r.h.u) meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:"Yang terbaik diantara kamu ialah yang belajar Al-Quran dan mengajarnya"
"Hazrat Abu Said radi-Allahuanhu meriwayatkan bahawa Rasul Allah SAW bersabda : "Allah berfirman, jikalau sesiapa mendapati tiada masa untuk mengingati Daku dan memohon rahmat dariKu,kerana dia sibuk dengan Al-Quran, Aku akan mengurniakannya lebih daripada mereka-mereka yang memohon rahmat daripadaKu".
"Hadrat Abdul Rahman Ibni Auf radi-Allahuanhu meriwayatkan bahawa Rasullullah SAW bersabda,:"Di hari Pengadilan kelak 3 perkara yang akan berada dibawah perlindungan Arsh:
1.Adalah Al-Quran yang Mulia yang akan berhujah dengan manusia-Al-Quran mempunyai jasmani dan rohani.
2.Amanat
3.Tali persaudaraan(silatur-rahim)yang akan mengisytiharkan "Wahai Allah berikan lah rahmat kepada orang yang mempertahankan ku dan tariklah rahmat daripada sesiapa sahaja yang mengsia-siakan ku."
QURAN TEMAN KARIB 3 ALAM: DUNIA,KUBUR DAN AKHIRAT................................

Isnin, 31 Ogos 2009
Alam yang paling indah....
Sedang aku ber fb dengan ex classmate yang juga kawan baik ku kenangan manis sewaktu kami di bangku sekolah menjadi topik..Zaman yang cukup indah untuk dikenang..Dalam diam tak diam sudah 12 tahun bangku persekolahan kutinggalkan...Namun kenangan bersama kawan tak pernah luput dalam ingatan....Masih aku teringat aku peristiwa main kejar2 dlm kelas walaupun masa tu umur dah 16-17 tahun,main enjit2 semut sampaikan kelas gamat dengan pekikan dan glak ketawa kami..tapi yang kelakarnya kawan ku Erna je yang kena panggil ngan Penolong Kanan(Cikgu Ng Kok Lai-apa kabar dia sekarang)....Wa;aupu tahun tu dalah tahun paling kritikal yelah nak ambil SPM tinggal berapa bln jer tapi kami semua masih dalam mood honeymoon.Aku ingat lagi Cikgu Sapei pernah cakap yang aku n geng semua group yang akan lingkup SPM tapi.........jeng jeng....most of us score dengan 1st great lagi....kami malas jer bkn bodohhh(he he ayat nasib baik)....Aku n kawan kamceng aku ni (Sharina) ambik subjek P.akaun tapi setiap kali kelas PA selalu jer tuang kelas-dalam erti kata ponteng le tu....and port kami lepak kat bilik Kemahiran Hidup atau kebun(semua tu kelas Cikgu Apsah).Bila ditanya kitaorg kata cikgu tak masuk kelas padahal dah nak naik kontot jari Cikgu Noricham mengajar kat kelas .....he he nakal2..tapi tu lah tu semua dah 12 tahun berlalu..Semua dah dewasa....dah kawin..n aku sendiri pun dah beranak 2 (3 and 4 belum lagi he he).Masing2 dengan haluan hidup sendiri..Apa2 pun aku doakan semuanya sukses n bahagi selalu......SWEET MEMORIES.....................................
Merdekakah kita???????
Merdeka!Merdeka!Merdeka! Kalimat keramat yang pernah dilaungkan oleh Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman pada 31 Ogos 1957 kini kembali dilaungkan setelah Malaysia mengecapi kemerdekaan selama 52 tahun....Tapi apakah kita memang sebenarnya telah merdeka.Adakah pemikiran,peradaban dan PEMERINTAHAN negara kita telah benar-benar merdeka....Merdeka bukan saja bermaksud bebas dari dijajah secara fizikal tapi bagaimana dengan spiritual dan pemikiran kita....Sewaktu perjanjian kemerdekaan dipersetujui dan ditandatangani Malaysia menjanjikan corak pemerintahan bercorak demokrasi dan Raja Berpelembagaan.Tapi apa yang dihadapkan sekarang adalah corak pemerintahan "Beraja dimata bersultan dihati".Parlimen seolah telah dibeli dan yang paling menjengkelkan fungsi raja-raja melayu hanya menjadi "penyemak" di perlembagaan negara.Corak pemerintahan Malaysia adalah corak pemerintahan yang "korup" dan ala2 Mafia.....Kebebasan bersuara dan memilih bagi rakyat sudah lama dinodai oleh barisan pemimpin tertinggi kerajaan bak perumpamaan "kelapa ditembuk tupai".....Politik wang dan barisan hidangan wanita2 jelita memang mainan pemimpin kita.Terbelakah nasib dan merdekakah kita?????Tak mungkin bangsat-bangsat yang menerajui pemerintahan diPUTRAJAYA akan menjual bangsa dan negara demi nak lunaskan nafsu haloba mereka........................................................
Ahad, 30 Ogos 2009
H1N1 punyer pasal
Hari ni masa hubby balik dr keje dia bagi aku satu memo....Pasal H1N1 rupernyer..Memo dr sekolah yang bakal anak aku masuki nanti Dukhan English school..Sepatutnya sessi persekolahan sudah pun bermula hari ni tapi disebabkan summer holiday baru jer habis dan memandangkan ramai warga Dukhan (expatriate) yang baru jer balik bercuti yang tah dr mana so di delay kan 1 week untuk H1N1 clearence.....So sessi kali ni akan dibuka 6 sept 09...Selamat aku.....
Langgan:
Catatan (Atom)