Isnin, 22 November 2010

Hidayah dan petunjuk yang ku pohon.......

Alhamdulillah..Syukur kepada Allah..Kerana ini adalah perkataan yang paling indah diucapkan tanda mensyukuri nikmat yang Allah berikan kepada aku sebagai umatnya yang lemah lagi hina..Alhamdullilah kerana hati aku sebagai manusia kerdil ini masih lagi dikurniakan Allah kelembutan hati dalam meniti setiap perubahan yang ditentukannya..Kerana seketul daging itu yang akan merosakkan segala2nya sekiranya ia tidak dijaga dan didik sebaik mungkin..

Mengingati kebesaran dan kekuasaan Allah menjadikan diri ini semakin kerdil dan tidak punya apa...kerana segala2nya adalah milik Allah jua..Ini menjadikan aku lebih menghargai masa dan kesempatan yang diberikan agar aku dapat memanfaatkan sebaik mungkin...Kerana perjalanan aku bukan semata didunia ini ..Kerana perjalanan yang abadi adalah DISANA nanti..Didunia ini merupakan tempoh bertunang yang cukup panjang...Bertunang dengan saat kematian..menanti di ijab kabulkan oleh malaikat maut yang tak diketahui bila akan menjengah...bersanding di liang lahat yang serba sempit...bertamukan cacing2 dan ulat2 yang menggigit...MasyaAllah...Benar janji Allah...Dan aku sentiasa bermohon agar Allah mempermudahkan setiap langkah dan perjalanan ku menuju ke alam diijab kabulkan,persandingan dan malam pertamaku nanti disana..Kerana sekiranya baik malam pertama itu maka akan baiklah malam2 yang seterusnya..

Dan aku sentiasa bermohon agar Allah tidak akan memutuskan hidayah dan petunjuknya kepada ku kerana tanpa hidayah dan petunjukNya aku akan tenggelam dalam perjalanan didunia yang fana dan juga diakhirat yang kekal abadi.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan