Ahad, 7 November 2010

November..Disember....Happy New year.......

Alhamdullilah...Syukur kehadrat Allah diatas satu lagi pagi yang cukup indah...Isnin 8 November 2010..bermakna kita dah semakin menuju ke penghujung tahun 2010...Dalam kiraan 55 hari lagi kita akan bertemu dengan satu lagi tahun baru iaitu 2011 InsyaAllah..Bila diimbau kembali terasa pantas masa berlalu meninggalkan kita..Dulu sewaktu kecil rasanya setahun cukup panjang tapi sekarang setahun memang pendek..Kadang kadang kita masih bermimpi yang Januari baru jer beberapa hari berlalu..
Bermakna dalam sedar atau tidak sudah genap 3 thn kami sekeluarga di bumi Qatar..Dan insyaAllah tahun keempat akan tiba sekiranya masih ada ihsan dan keizinan Allah...But anyway aku sentiasa berharap dan bermohon agar Allah panjang kan usia dan limpahkan kami sekeluarga dengan usia dan rezeki yang dapat di manfaatkan untuk kejalan mencari keredhaanNya..Usia yang dapat kami gunakan untuk mempertingkatkan amal ibadah sebagai bekalan di hari pembalasan dan rezeki yang dapat kami gunakan untuk kejalanMu ya Allah...Kerana Allah Maha mengetahui setiap apa yang berlaku dan apa yang akan berlaku............

Tiada ulasan:

Catat Ulasan