Isnin, 8 November 2010

Salam Takziah....

Salam Takziah Buat Ridzuan dan Sharina di atas pemergian kedua ibu bapa kerahmatullah...Moga Allah mencucuri roh kedua mereka dengan rahmat dan ditempatkan dikalangan org yang soleh dan beriman...AlFatihah......

4 rentung kereta rempuh treler
Oleh Irwan Shafrizan Ismail
bhnews@bharian.com.my
2010/11/08

KERETA Proton Persona yang   dinaiki empat sekeluarga terpelosok  di bawah  trailer sebelum terbakar menyebabkan semua mangsa rentung di Kilometer 119 Jalan Kuantan-Segamat di sini, semalam.
KERETA Proton Persona yang dinaiki empat sekeluarga terpelosok di bawah trailer sebelum terbakar menyebabkan semua mangsa rentung di Kilometer 119 Jalan Kuantan-Segamat di sini, semalam.
Kenderaan hilang kawalan masuk laluan bertentangan selepas memotong

MUADZAM SHAH: Empat bersaudara rentung termasuk bekas wartawan Berita Harian, Patimah Ramli, 46, apabila kereta Proton Persona yang mereka naiki merempuh sebuah treler bermuatan kelapa dan terbakar di Kilometer 119 Jalan Kuantan-Segamat, dekat sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam, empat mangsa terbabit dalam perjalanan pulang ke Duyong, Melaka selepas menghadiri majlis pertunangan seorang anak saudara di Marang, Terengganu.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya, berkata selain Patimah, tiga lagi mangsa yang maut ialah pesara Jabatan Kerja Raya, Md Sharif Nani, 61, isterinya, Marinah Kambas, 60, dan anak saudaranya yang juga pemandu kereta, Rosli Mat Isa, 28. Patimah ialah kakak ipar kepada Md Sharif.

Beliau berkata, pemandu treler, Rosli Che Hassan, 50, dan kelindan yang juga anaknya Rozlan,18, sempat menyelamatkan diri dan hanya mengalami cedera ringan.

Katanya, siasatan awal mendapati Proton Persona itu cuba memotong sebuah lori di depannya ketika melalui laluan berkenaan dalam hujan lebat.

“Sebaik berjaya memotong, kereta berkenaan hilang kawalan dan masuk laluan bertentangan lalu merempuh sebuah treler yang dalam perjalanan menghala ke Kuantan.
“Kereta terbabit kemudian terperosok di antara tengah treler sebelum diseret 40 meter dan terbakar menyebabkan keempat-empat mangsa rentung," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Johari berkata, selepas api berjaya dipadamkan Jabatan Bomba dan Penyelamat, semua mangsa dikeluarkan dan dihantar ke bilik mayat Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga kira-kira jam 2 petang semalam.

Sementara itu, Rosli berkata, beliau bersama anaknya dalam perjalanan menghantar kelapa dari Batu Pahat, Johor ke Rantau Pan-jang, Kelantan.

“Rozlan sempat menarik tangan saya dan berlari ke semak kerana bimbang treler terbabit turut terbakar.

“Kami juga tidak sempat membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta yang sudah terbakar,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan